Berbalik pada kisah kenduri aqiqah Alya.....tak plan pon nak buat kenduri ni, tapikan memandangkan mummy ada rezeki lebih bulan ni ...dan mummy dah niat...kalau dpt rezeki nak buat aqiqah utk alya.....kitaorg pon  teruskan cadangan ni....dr duit tu abis ke benda2 tak berfaedahkan...tau le mummy ni kalau ada duit lebih.. :->
Kenduri ni buat kat kat parit buntar on 29/03/2009..semuanya berjalan dgn lancar...yg kelakarnya tetamu semua ingatkan alya ni baru lepas pantang....sekali tengok rupa2nya dah besar.. dah leh pakai baju kurung pon  LOL
Menu utama aku utk hari tu meehun sup, pulut kuning bersama kari ayam, puding orea dan sandwich…tu je la yg mampu aku masak......
Yang kelakarnya masa nyanyi lagu 'happy birthday' ain boleh lak nangis...sampai takknak tiup lilin...agaknya ain hairan kot..awat la dorang ni dok nyanyi2 pastu sebut nama aku ....heheheee  LOL
ni la kek bithday ain...simple je...tp cute mcm ain heheehehee
DAY 1
Jumaat 12/12/08 @ 7.30 am ~~ Pagi2 lagi dah terasa badan alya panas…tapi mummy still siap siap utk pergi keje…sbb cuti dah habis…sebelum pergi keje mummy bagi alya minum ubat dulu dgn harapan tengahari or petang nanti panas badan alya akan reda….mujur la papa masih bercuti lagi…dpt la papa jaga alya
Jam 8 pagi~~ papa ngan kakak ain hantar mummy gi LRT station …alya tinggal kat umah ngan kakak nabila (anak buah yg datang bercuti dr sabah)….
Lunch time,  mummy call papa coz nak tau perkembangan alya…papa bgtau badan masih panas lagi tp alya aktif…byk makan dan minum susu…tp ada muntah sikit2 laa…masa ni alya ngan papa dan kakak ain kat umah adik papa kat Setapak…seminggu ni kitaorg berkampung kat sana sbb family papa ( nenek dan mak saudara, cousin alya n ain dtg KL dari Sabah)
Balik dari keje petang tu mummy terus ke Setapak umah pak cik ain, sampai je kat umah mummy terus tengok alya, badan masih panas lagi, terus mummy call pmcare tanya ada tak klinik panel kat area Setapak ni….mujur ada satu klinik panel k at area Seri Rampai…terus papa ngan mummy bergegas bawa alya ke klinik.
Masa sampai kat klinik suhu badan alya memang terasa panas membahang..alya pulak nampak lemah sangat…doc periksa suhu badan alya…hampir mencecah 40 darjah Celsius…mmg panas …doc masuk ubat kat buntut..
Malam tu kitaorg tak balik kelana jaya…kitaorg bemalam kat Setapak je..kesian lak kat alya..dah la demam takkan nak balik kelana jaya jugak kot.
DAY 2
Sabtu 13/12/08 @ 7am~~ Panas badan alya masih berbahang lagi..malam tadi pon alya tak nyenyak tdur..asyik menangis je…papa la yg dok jelum badan alya ngan tuala basah…risau pulak mummy trngok keadaan alya…
Berjelum pon panas badan alya still tak turun jugak…risau akan sesuatu berlaku, kami setuju nak bawa alya pi hospital…pilihan kami HKL sbb dekat ngan Setapak…ikutkan mummy nak bawa alya kat PPUM  tp papa kata kita pi hospital yg terdekat.
Sampai kat kecemasan tu pegawai perubatan amik suhu badan alya dulu, terkejut gak lah suhu badan alya 40 darjah celcius..terus pegawai perubatan suruh basahkan badan alya supaya suhu cepat turun, pastu masukkan ubat buntut jugak.
Selesai jumpa doktor amik ubat yg di bekalkan kat farmasi ( ubat demam, batuk dan antibiotic. Doktor pesan kena selalu jelum badan alya ngan air sejuk.
Balik ke Setapak semula…bg alya minum ubat…nampak sikit perubahan, alya dah aktif sikit…suhu badan pon mcm dah kurang.
Petang tu balik kelana jaya. Malam demam alya makin panas…tidur pon pakai diapers je…kesian sangat tengok alya. Sentiasa basahkan badan alya dgn air supaya suhu turun dan bg alya minum ubat. Lepas minum ubat dapat lah tido nyenyak sikit, jaga Cuma utk minum susu je. Papa kata kalau suhu masih tinggi jugak esok pagi nak bawa alya ke HKL semula
DAY 3
Ahad 14/12/08 ~~ Alya  mcm biasa la pagi2 lagi dah bangun, rasa suhu badan masih panas mcm malm tadi, kemas2 kelengkapan yg patut di bawa mana lah tau kalau2 kena tahan kat wad.
Lebih kurang jam 8 pagi papa bawa alya ke HKL, mummy ngan kakak ain pon ikut sekali.
Sampai kat kecemasan, mcm biasa la pegawai perubatan amik suhu badan alya dulu..emmm 39.5 darjah celcius…masih di tahap kritikil lagi ni, kali ni pon masuk ubat buntut lagi,  masa jumpa doktor mummy angin sikit…ada ke doktor marah kata kitaorg tak lap badan alya ngan tuala basah nak bg suhu turun, dia tak tau semalaman kitaorg dok lap ngan tuala basah…angin betul mummy masa ni, bila doktor tau suhu badan alya tak turun2 sejak jumaat lagi terus doktor isi borang refer alya kat wad.
Dah selesai semuanya, kami bawa alya ke Institut Pediatrik untuk urusan kemasukan ke wad.
Sampai kat wad doktor sessi soal jawab ngan doktor pulak, doktor pon nak tau la kronologi demam alya ni, mcm2 la doktor tanya.
Keadaan alya masih tak berubah, suhu turun naik jer…pastu tapak tangan ngan tapak kaki alya sejuk sangat
Untuk kali pertama doktor ambil darah alya utk di uji, Ya Allah tak sampai hati tengok alya menangis menahan sakit kena cucuk…alangkan kita yg dewasa ni pon rasa sakit apatah lagi baby mcm alya…menangis mummy di buatnya
Dengan penuh sabar mummy menunggu result bloodtest alya
DAY 4
Isnin 15/12/08~~ Keaadaan alya masih tak berubah…suhu badan still tinggi lagi. Selepas pemeriksaan dan hasil dr keputusan ujian darah, doktor pakar menyatakan alya mengidap viral fever, panas badan akan turun dan naik  dan akan   berterusan selama beberapa hari
Di sbbkan doktor masih sangsi dgn result bloodtest semalam, sekali lagi doktor amik darah alya…kali ni mummy tak sanggup nak tengok…mummy suruh papa yg bawa alya ke bilik untuk ambil darah….
DAY 5
Selasa 16/12/08@ 6.30am ~~ Risau mummy bila bangun pagi, badan alya masih panas lagi, terus mummy mandikan alya…harap2 suhu badan alya akan turun…masa pakaikan baju mummy rasa tapak tangan dan kaki alya sejuk sangat… bukan saja sejuk malah  nampak pucat sangat2..
Papa dtg dlm pukul 7 lebih camtu, tapi tak lama sbb papa kena pergi LCCT, nak hantar family papa nak balik sabah.
Lebih kurang pukul 8, Dr. Sheila (pakar pediatrik) dtg buat pemeriksaan, Dr. Sheila risau sangat bila rasa tapak kaki dan tangan alya sejuk, malah Dr. Sheila mcm sangsi dgn result blood test alya. Dr. Sheila mcm yakin yg alya bukan kena viral fever. Sekali lagi darah alya di ambil utk di uji. Dr. Sheila suruh nurse bawa darah utk di uji segera.
Masa ni tapak kaki alya dah pucat sangat2…dan makin sejuk…masa ni Dr. Sheila semakin yakin yg alya sebenarnya kena demam denggi. Dr. Sheila bgtau mummy yg mereka perlu cucuk  jarum kat lengan alya utk masukkan air. Lepas tu cucuk lagi satu jarum kat sebelah kanan utk di ambil darah setiap 6 jam sekali utk di uji. Ya Allah, menanggis mummy tengok alya meraung menangis menahan sakit.  Menurut doktor demam denggi selalunya akan kita ketahui pada hari kelima atau keenam demam. Pesakit perlu di pantau 36 jam memandangkan tempoh ini adalah yg paling kritikal.
Bila semua dah selesai, keadaan alya nampak baik sikit, tapak kaki dan tangan dah tak pucat, tapi alya masih di dalam pemerhatian doktor utk tempoh 36 jam berikutnya. Dalam masa 36 jam ni, darah alya akan di ambil setiap 6 jam sekali. Pastu kena catit byk mana alya menyusu sehari, pastu tiap kali tukar diapers, mummy kena timbang diaper yg dah penuh ngan air kencing sbb nak tau byk mana alya  buang air.
Kesian alya terpaksa tidur dgn kedua2 belah tangan kena drip…sekali tu agaknya alya tidur lasak kot…ntah mcmana tercabut drip yg masukkan air…meleleh2 darah, nasib masa tu mummy tak tidur lagi…nurse terus cabut buang drip tu…keesokan paginya kena drip semula…kali ni kat kaki  pulak …..tak boleh sekali utk masukkan ubat dan ambil darah….
Sedih tengok alya masa ni...berselirat wayar...kat tangan laa...kat dada laa...yg kat dada tu utk tengok  degup jantung alya..degup jantung alya lemah sikit masa ni...
DAY 6
Rabu 17/12/08~~ Keaadaan alya agak baik pagi ni…tapi patlet darah alya masih belum stabil lagi…still kena masukkan air lagi…terbaring je alya kat katil …lepas nyusu je tidur. Ruam ruam dah mula keluar kat seluruh badan , kaki, tangan dan muka alya..
Petang sikit baru la alya nampak cergas dan dah mula pusing2kan badan nak meniarap…
DAY 7
Khamis 18/12/08 ~~Lega hati mummy tengok alya semakin cergas, tak nak dok diam…asyik nak meniarap je…
Patlet darah alya nampak dah stabil sedikit,dan alya dah pon melepasi tempoh 36 jam yg kitikal, doktor dah buka drip yg masukkan air…just tinggal yg satu lg je utk ambil darah. Lagipon alya mmg kuat menyusu, tapi masih dlm permerhatian lagi, doktor bgtau kalau tak ada apa2 esok pagi dah boleh keluar dr hospital
Masa ni alya dan beransur sihat...dah nak main2...dah nak meniarap, tangan tu kena balut sbb takut jarum tercabut...
DAY 8
Jumaat 19/12/08~~ Nampak mcm semuanya dah ok…mummy harap hari ni boleh la keluar dr wad, bosan dah seminggu berumahtangga kat wad. Mandi makan tidur semuanya kat wad…dah mcm dok kat hotel pulak,. Papa ngan kakak ain tiap2 mlm dtg teman mummy dan alya smpi  lewat mlm baru papa ngan kakak ain balik. Cuma 2 mlm yg lepas kakak ain tak dtg…kakak ain papa tumpangkan kat umah  cousin papa kat Taman Desa.
Selepas pemeriksaan dan doktor pon puashati ngan keadaan alya yg dah semakin cergas, doktor pon benarkan alya keluar wad. Lega hati ni, mummy terus call papa bgtau dah boleh keluar wad. Tapi jauh di lubuk hati rasa mcm sedih pulak, ialah dah seminggu berkampung kat wad, saling kenal mengenal dgn ibu2 yg dok jaga anak2 kat wad.
Dlm kul 12pm kita kitaorg pon berangkat keluar dr wad untuk pulang ke rumah...home sweet home...
Papa ngan anak2 ...sepesen kan muka dorang...sumer ikut muka papa...jeles arrr mummy cam ni...
kakak yg suka buli adik...mcm2 hal dia buat kat adik...suka sangat suruh adik dia gigit jari...
Kakak maintain je...siap sengih lagi...tp adik masa ni tengah demam..nak senyum pon malas...mood tak marii ...hehehee
Kasih seorang kakak....bila mummy tanya 'ain sayang adik??'...ain akan angguk kepala tanda sayang..pastu siap peluk ...siap kiss adik lagi...lega hati ni...harap2 sampai besar la dia sayang kat adik ...
Kita mulakan dulu dengan ain, 7hb ni ain dah cecah 22 bulan...tak lama lagi je nak cecah ke 2 tahun,  jom kita tengok apa yg ain dah pandai buat
~~ dah pandai tanya itu ini ...walaupon kadang2 apa yg di tanya tu kita sendiri pon tak paham... LOL
~~ dah pandai menyanyi...kadang2 tu dia nyanyi sambil dodoi adik dlm buaian
~~ dah boleh di harap jaga adik..nampak sangat ain sayang kat adik...tp kadang2 jeles gak dia kat adik    ;-)
~~ makin lasak...mcm2 benda ain nak explore...
~~ dah pandai menonton tv especially drama2 melayu ni...kusyuk je ...kalau bab nangis...ain  akan tunjuk reaksi muka sedih ....pastu kadang2 ain datang peluk mummy sambil buat2 nangis ... LOL
Sekarang ni kita citer pasal alya pulak....kita tengok perkembangan alya di kala usia mencecah 4 bulan
~~ dah boleh meniarap since umur 3 bulan setengah lagi...
~~ dah kenal mummy ngan papa...
~~ dah pandai ketawa bila kita agah...comel je
~~ dah pandai nak ajak kita borak2...
~~ dah tak takut mandi air sejuk...dulu bila kena air sejuk meraung tak hingat....skrg ni selamba jer...
tadaaaaaaaaa...baju kitaorg sama kan..
Sampai mummy cari lagu ni wat ringtone utk henpon...best sangat....:->...tetiba terjiwang lak ..apa2 pon i likeeeeeeeee this song ...;-)
Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata
Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama
Aku di bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…
Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…
Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama
Aku di bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…
Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…
Aku dibus cinta…
:cloud9:  :horay:  :cloud9:
Akhirnya dapat la jugak mummy, ain n alya beraya kat umah tokwan/maktok kat Parit Buntar, Perak. Papa tak dapat nak beraya sbb onduty.. papa cuma dpt cuti padahari ahad 28/09 dan isnin 29/09,  dapat la papa hantar mummy ain n alya balik kg pada hari sabtu lepas berbuka...isnin mlm tu papa dah balik kl naik bas....keta papa tinggal kat kg utk kegunaan anak isterinya nak beraya...thanks papa...we all luuuv u ... LOL
:-(   :-(  sedih bangat... dah la ni 1st time sambut raya with alya ...papa pula tak ada...tp apa nak buatkan, terpaksa la papa berkorban ..di sbb kan ketiadaan papa masa raya so tak byk la gambar raya..rasa2 tak ada langsung kot...nak harap mummy snap gambar...mmg tak laa...byk lagi keje nak kena bereskan...mana nak tengok alya lagi...nak layan bebudak dtg  beraya lg...ain la paling excited sungguh...suka dia melayan bebudak yg dtg beraya....kalau nampak bebudak lalu depan pagar umah sure ain akan panggil masuk umah...dah tu ain la paling sibuk nak buka bekas2 kuih semua ...rajin la pulak anak mummy ni  :-D  LOL
Raya kali ni rasa sekejap je sbb 1st day raya jatuh tengah minggu...so tak puas la beraya, tak sempat pon nak beraya...just berjalan umah sedara mara dekat2 ngan kampung je....w/pon tak byk berjalan lumayan jugak la duit raya ain ngan alya ... ;-) W/pon tak byk gambar tp mummy nak gak cerita apa yg berlaku sepanjang minggu raya tu
@ 1st Day Raya 01/10/08- Pagi2 lagi ain ngan alya dah bangun...before mandi kan anak2..mummy call papa...wish hari raya kat papa...masa tu papa dah on the way nak g keje (tak dpt la papa solat raya tahun ni) lepas call papa mummy mandi dan siap2 kan ain dulu...pastu pakaikan ain baju kurung ...sikat rambut...bedakkan ain ... ;-) ..pastu mandi kan alya pulak...pg raya tu alya pon pakai baju kurung gak (lupa lak nak amik gambar alya berbaju kurung)  :-(  ..tok wan, maktok n pakcik2 ain semua dah siap2 nak pi solat raya...mummy tak dpt nak p solat raya sbb tak ada sapa nak jaga ain n alya...si alya pulak bila dah mandi kejenya tido la...sambil2 tengokkan ain ngan alya mummy pon siap2 la potong ketupat...buat air...pas solat raya sure ada bebudak yg nak datang beraya..
After solat raya lepak2 kat umah sambil layan bebudak yg datang beraya...si penyambut tetamunya pulak ain laa....sukanya ain...sibuk dia dok beramah mesra  8-), petangnya kitaorg pi umah tokngah ain...pak long dah sihat sikit...dah boleh drive....
@2nd Raya 02/10/08 - pagi2 lg mummy ngan mak tok gi pasar...ain pon ikut sama..beli barang2 nak wat lontong@lodeh ...tugas mummy la ni nak masak lodeh...1st time ni nak cuba2 masak lodeh....akhirnya setelah semua siap...jadi la kuah lodeh mummy ni...rasanya kira ok laa ...mujur gak le wat lodeh...ptg tu mak sedara (adik tokwan) datang dr ipoh..3 buah keta...anak menantu cucu semua ikut datang....pastu bila dorang dah balik...kwn2 paklong lak dtg...cadangnya petang  tu nak gi umah cousin mummy kat b'worth...tp terpaksa la tunda ke mlm
@3rd Raya 03/10/08- hari ni tak kemana2 pon...just dok umah layan tetamu yg datang...dlm kul 11pg tu babysitter ain n alya satu keluarga dtg beraya...babysitter dorang ni mak mertuanya org parit buntar...kecik tul dunia kan...pastu kwn2 mak tok yg dok setaman perumahan pon dtg gak beraya...sambil2 nak tengok cucu baru@alya , pantang dulukan tak balik kg... :-D ...sebelah petangnya pulak kita org gi lumut hantar paksu ain kat TLDM Lumut
@4th Raya 04/10/08 - lepak kat umah gak...cam malas je nak jenjalan...kemas2 baju semua sbb ptg dah nak balik kl...huhuhuhuh ...tak puasnya beraya.... rasa cam tak nak balik kl lagi...papa lak asyik call..sms tanya kul baper nak bertolak balik....rindu bebenor kat anak2 dara dia :-(  ..tp tengahari tu sempat la pi lunch kat umah maklang...masakan ala kampung....sedaaaap ... :-D balik dr umah mak lang dah kul 4 ..hajat hati nak bertolak dlm kul 6 camtu...dah anak-anak mummy ni pulak tido...terpaksa la delay ....kena tggu anak-anak mummy bangun la..si kakak ni kita kan boleh main kejut camtu je..mau dia mengamuk nnt sbb tak puas tido ...lagi la huru hara dunia ....
@8.00pm - bertolak balik ke kl...pak long yg drive keta...maktok pon ikut sekali la...masuk h/way jem la pulak...ingat ke balik hari sabtu mlm tak le jem...sengsara gak le dok dlm keta...mujur la ain ngan alya tido...dekat 2 jam gak perjalanan dr. taiping ke jelapang...lepas tol jelapang baru jln clear....kitaorg sampai kelana jaya kul 2pagi... :-S   :-S
Gambar masa raya kat kg mmg tak der laa....gambar ain ni pon masa buat makan2  utk kwn2 hubby kat umah.....kira ok la kan drpd tak ada langsung ...
Gambar posing ala ala manja giteww....opss bantal busuk karatss tak tinggal ... LOL
niza~~ mmg teringin sangat nak ambik gambar family kat studio, tp kena tunggu anak anakku itu besar sikit la...kot skrg ni mcm leceh sikit...buatnya mood dorang tak ok...langsung tak cantik gambar nnt...akak dok kelana jaya laa...kan niza dah pernah tnya duluuu
~~Tahun ni ada sepasang je baju raya...tak sempat nak wat baju sbb baru pas bersalin kan, lg pon baju kurung yg pakai p keje ada gak yg baru2 ...bukannya org kg tau baju tu baju baru ke lama... LOL ..di sbbkan tak der baju baru so tak der tema la tahun ni ....kira tema caca marba laa ...tak kisah laa janji leh raya  LOL
2. Makanan raya tradisional kesukaan
~~Banyak yg kita suka ni antaranya lemang, ketupat, rendang, wajik... ;-)
3. Biskut raya kegemaran..
~~[b]Semua jenis biskut kita makan asal kan rasanya sedap...hehehhe
4. Berapa banyak duit raya anda dapat n spend kat budak2
~~Dah tua tua ni sapa la nak bg duit rayakan... :-( ..tp byk spend kat anak2 la..utk bebudak yg datang beraya tu kita bg la RM 2 sorang...utk anak2 sedara or sepupu RM 5 tak kira la umur berapa semua dpt jumlah yg sama...baru la adil .... ;-)
5. Aktiviti malam raya
~~Malam raya selalumya dok depan tv sambil isi kuih dlm balang....pastu iron baju melayu abah dan adik2 lelaki yg 4 org tu ....opss itu duluu laa...masa zaman blom kawen..skrg ni dah kawen dah ada anak...so mlm raya layan anak anak la....sambil2 tolong mak wat rendang ....tahun ni raya kat perak...tp sedih gak le sbb hubby tak dpt cuti...satu hari sebelum raya hubby balik kl ... :-(