~~Sweet Child Of Mine~~

By: pApA aNd mUmMy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 8-Jul-2009 02:47 Email | Share | | Bookmark



Thursday, 7-May-2009 04:58 Email | Share | | Bookmark
Already Moved

Feel free to visit my blog at http://juhasni.blogspot.com


Thursday, 9-Apr-2009 01:34 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Aqiqah Alya

 
 
 
View all 22 photos...
Lamanya rasa tak update fp ni, lama betul tinggal umah sampai dah penuh sawang ...maklum la busy ngan urusan harian.....lagi pon camera bateri dah out...amik masa jugak la nak cari bateri baru.....biasa la papakan asyik keje je..tu yg tak der masa nak beli bateri.....skrg ni camera dah ok...dah ganti bateri baru...so boleh la snap2 gambar puteri2 ku itew....Sebelum kita mulakan ngan kisah kenduri, ni nak cerita la sikit perkembangan alya....sekejap je alya dah 9 bulan...mcm2 dah alya pandai.....paling best tengok alya kacau kakak ain...gaduh pon dah pandai....tp dlm gaduh2 tu sayang jugak kakak ain kat adik....kalau adik tidur..kakak selalu jaga buai adik...kdg2 tu ada gak dia tolong 'jaga' kan adik yg dok tidur.. Si kakak pulak skrg ni becok ya amat mulutnya....kalau layan ain sembang mmg best...ada tu smpikan mummy tak paham apa yg ain ckp...tp mummy iyakan je....buat2 paham .... ..

Berbalik pada kisah kenduri aqiqah Alya.....tak plan pon nak buat kenduri ni, tapikan memandangkan mummy ada rezeki lebih bulan ni ...dan mummy dah niat...kalau dpt rezeki nak buat aqiqah utk alya.....kitaorg pon teruskan cadangan ni....dr duit tu abis ke benda2 tak berfaedahkan...tau le mummy ni kalau ada duit lebih..

Kenduri ni buat kat kat parit buntar on 29/03/2009..semuanya berjalan dgn lancar...yg kelakarnya tetamu semua ingatkan alya ni baru lepas pantang....sekali tengok rupa2nya dah besar.. dah leh pakai baju kurung pon





Monday, 19-Jan-2009 04:06 Email | Share | | Bookmark
Ain 2nd Birthday

 
 
 
View all 16 photos...
Birthday ain 7hb Jan, aku buat majlis pada hari sabtu 11hb, actually tak plan pon nak sambut birthday ain ni lagipon birthday ain kena masa hari bekerja. Ni semua last minute punya persiapan. Lagi pon mak aku merangkap mak tok ain ada kat sini..boleh la mak aku tolong2 apa yg patutkan…nak harap aku masak sorang2 mmg harus majlis start lambat laa…nak harapkan papa si ain ni nak masak…ermmm memang payah la…nama je keje chef tapi tiap kali kitaorg buat majlis makan2 kat umah…aku laa jugak yg kena masak..tapi ok jugak la kan …dapat la aku tunjukkan skill memasak aku…walaupon tak lah sepandai mana pon aku memasak tp kira boleh laa…janji apa yg aku masak tu org boleh makan …dan yg penting makanan tu habis…tu makna sedap la aku masak.kan kan…heheheee

Menu utama aku utk hari tu meehun sup, pulut kuning bersama kari ayam, puding orea dan sandwich…tu je la yg mampu aku masak......


Yang kelakarnya masa nyanyi lagu 'happy birthday' ain boleh lak nangis...sampai takknak tiup lilin...agaknya ain hairan kot..awat la dorang ni dok nyanyi2 pastu sebut nama aku ....heheheee


ni la kek bithday ain...simple je...tp cute mcm ain heheehehee








Wednesday, 24-Dec-2008 01:57 Email | Share | | Bookmark
Alya Demam Denggi

 
 
 
View all 31 photos...


DAY 1

Jumaat 12/12/08 @ 7.30 am ~~ Pagi2 lagi dah terasa badan alya panas…tapi mummy still siap siap utk pergi keje…sbb cuti dah habis…sebelum pergi keje mummy bagi alya minum ubat dulu dgn harapan tengahari or petang nanti panas badan alya akan reda….mujur la papa masih bercuti lagi…dpt la papa jaga alya

Jam 8 pagi~~ papa ngan kakak ain hantar mummy gi LRT station …alya tinggal kat umah ngan kakak nabila (anak buah yg datang bercuti dr sabah)….

Lunch time, mummy call papa coz nak tau perkembangan alya…papa bgtau badan masih panas lagi tp alya aktif…byk makan dan minum susu…tp ada muntah sikit2 laa…masa ni alya ngan papa dan kakak ain kat umah adik papa kat Setapak…seminggu ni kitaorg berkampung kat sana sbb family papa ( nenek dan mak saudara, cousin alya n ain dtg KL dari Sabah)

Balik dari keje petang tu mummy terus ke Setapak umah pak cik ain, sampai je kat umah mummy terus tengok alya, badan masih panas lagi, terus mummy call pmcare tanya ada tak klinik panel kat area Setapak ni….mujur ada satu klinik panel k at area Seri Rampai…terus papa ngan mummy bergegas bawa alya ke klinik.

Masa sampai kat klinik suhu badan alya memang terasa panas membahang..alya pulak nampak lemah sangat…doc periksa suhu badan alya…hampir mencecah 40 darjah Celsius…mmg panas …doc masuk ubat kat buntut..


Malam tu kitaorg tak balik kelana jaya…kitaorg bemalam kat Setapak je..kesian lak kat alya..dah la demam takkan nak balik kelana jaya jugak kot.


DAY 2

Sabtu 13/12/08 @ 7am~~ Panas badan alya masih berbahang lagi..malam tadi pon alya tak nyenyak tdur..asyik menangis je…papa la yg dok jelum badan alya ngan tuala basah…risau pulak mummy trngok keadaan alya…
Berjelum pon panas badan alya still tak turun jugak…risau akan sesuatu berlaku, kami setuju nak bawa alya pi hospital…pilihan kami HKL sbb dekat ngan Setapak…ikutkan mummy nak bawa alya kat PPUM tp papa kata kita pi hospital yg terdekat.
Sampai kat kecemasan tu pegawai perubatan amik suhu badan alya dulu, terkejut gak lah suhu badan alya 40 darjah celcius..terus pegawai perubatan suruh basahkan badan alya supaya suhu cepat turun, pastu masukkan ubat buntut jugak.
Selesai jumpa doktor amik ubat yg di bekalkan kat farmasi ( ubat demam, batuk dan antibiotic. Doktor pesan kena selalu jelum badan alya ngan air sejuk.
Balik ke Setapak semula…bg alya minum ubat…nampak sikit perubahan, alya dah aktif sikit…suhu badan pon mcm dah kurang.
Petang tu balik kelana jaya. Malam demam alya makin panas…tidur pon pakai diapers je…kesian sangat tengok alya. Sentiasa basahkan badan alya dgn air supaya suhu turun dan bg alya minum ubat. Lepas minum ubat dapat lah tido nyenyak sikit, jaga Cuma utk minum susu je. Papa kata kalau suhu masih tinggi jugak esok pagi nak bawa alya ke HKL semula




DAY 3

Ahad 14/12/08 ~~ Alya mcm biasa la pagi2 lagi dah bangun, rasa suhu badan masih panas mcm malm tadi, kemas2 kelengkapan yg patut di bawa mana lah tau kalau2 kena tahan kat wad.
Lebih kurang jam 8 pagi papa bawa alya ke HKL, mummy ngan kakak ain pon ikut sekali.
Sampai kat kecemasan, mcm biasa la pegawai perubatan amik suhu badan alya dulu..emmm 39.5 darjah celcius…masih di tahap kritikil lagi ni, kali ni pon masuk ubat buntut lagi, masa jumpa doktor mummy angin sikit…ada ke doktor marah kata kitaorg tak lap badan alya ngan tuala basah nak bg suhu turun, dia tak tau semalaman kitaorg dok lap ngan tuala basah…angin betul mummy masa ni, bila doktor tau suhu badan alya tak turun2 sejak jumaat lagi terus doktor isi borang refer alya kat wad.

Dah selesai semuanya, kami bawa alya ke Institut Pediatrik untuk urusan kemasukan ke wad.

Sampai kat wad doktor sessi soal jawab ngan doktor pulak, doktor pon nak tau la kronologi demam alya ni, mcm2 la doktor tanya.

Keadaan alya masih tak berubah, suhu turun naik jer…pastu tapak tangan ngan tapak kaki alya sejuk sangat

Untuk kali pertama doktor ambil darah alya utk di uji, Ya Allah tak sampai hati tengok alya menangis menahan sakit kena cucuk…alangkan kita yg dewasa ni pon rasa sakit apatah lagi baby mcm alya…menangis mummy di buatnya
Dengan penuh sabar mummy menunggu result bloodtest alya





DAY 4

Isnin 15/12/08~~ Keaadaan alya masih tak berubah…suhu badan still tinggi lagi. Selepas pemeriksaan dan hasil dr keputusan ujian darah, doktor pakar menyatakan alya mengidap viral fever, panas badan akan turun dan naik dan akan berterusan selama beberapa hari

Di sbbkan doktor masih sangsi dgn result bloodtest semalam, sekali lagi doktor amik darah alya…kali ni mummy tak sanggup nak tengok…mummy suruh papa yg bawa alya ke bilik untuk ambil darah….


DAY 5

Selasa 16/12/08@ 6.30am ~~ Risau mummy bila bangun pagi, badan alya masih panas lagi, terus mummy mandikan alya…harap2 suhu badan alya akan turun…masa pakaikan baju mummy rasa tapak tangan dan kaki alya sejuk sangat… bukan saja sejuk malah nampak pucat sangat2..

Papa dtg dlm pukul 7 lebih camtu, tapi tak lama sbb papa kena pergi LCCT, nak hantar family papa nak balik sabah.

Lebih kurang pukul 8, Dr. Sheila (pakar pediatrik) dtg buat pemeriksaan, Dr. Sheila risau sangat bila rasa tapak kaki dan tangan alya sejuk, malah Dr. Sheila mcm sangsi dgn result blood test alya. Dr. Sheila mcm yakin yg alya bukan kena viral fever. Sekali lagi darah alya di ambil utk di uji. Dr. Sheila suruh nurse bawa darah utk di uji segera.
Masa ni tapak kaki alya dah pucat sangat2…dan makin sejuk…masa ni Dr. Sheila semakin yakin yg alya sebenarnya kena demam denggi. Dr. Sheila bgtau mummy yg mereka perlu cucuk jarum kat lengan alya utk masukkan air. Lepas tu cucuk lagi satu jarum kat sebelah kanan utk di ambil darah setiap 6 jam sekali utk di uji. Ya Allah, menanggis mummy tengok alya meraung menangis menahan sakit. Menurut doktor demam denggi selalunya akan kita ketahui pada hari kelima atau keenam demam. Pesakit perlu di pantau 36 jam memandangkan tempoh ini adalah yg paling kritikal.

Bila semua dah selesai, keadaan alya nampak baik sikit, tapak kaki dan tangan dah tak pucat, tapi alya masih di dalam pemerhatian doktor utk tempoh 36 jam berikutnya. Dalam masa 36 jam ni, darah alya akan di ambil setiap 6 jam sekali. Pastu kena catit byk mana alya menyusu sehari, pastu tiap kali tukar diapers, mummy kena timbang diaper yg dah penuh ngan air kencing sbb nak tau byk mana alya buang air.

Kesian alya terpaksa tidur dgn kedua2 belah tangan kena drip…sekali tu agaknya alya tidur lasak kot…ntah mcmana tercabut drip yg masukkan air…meleleh2 darah, nasib masa tu mummy tak tidur lagi…nurse terus cabut buang drip tu…keesokan paginya kena drip semula…kali ni kat kaki pulak …..tak boleh sekali utk masukkan ubat dan ambil darah….



Sedih tengok alya masa ni...berselirat wayar...kat tangan laa...kat dada laa...yg kat dada tu utk tengok degup jantung alya..degup jantung alya lemah sikit masa ni...

DAY 6
Rabu 17/12/08~~ Keaadaan alya agak baik pagi ni…tapi patlet darah alya masih belum stabil lagi…still kena masukkan air lagi…terbaring je alya kat katil …lepas nyusu je tidur. Ruam ruam dah mula keluar kat seluruh badan , kaki, tangan dan muka alya..
Petang sikit baru la alya nampak cergas dan dah mula pusing2kan badan nak meniarap…


DAY 7

Khamis 18/12/08 ~~Lega hati mummy tengok alya semakin cergas, tak nak dok diam…asyik nak meniarap je…
Patlet darah alya nampak dah stabil sedikit,dan alya dah pon melepasi tempoh 36 jam yg kitikal, doktor dah buka drip yg masukkan air…just tinggal yg satu lg je utk ambil darah. Lagipon alya mmg kuat menyusu, tapi masih dlm permerhatian lagi, doktor bgtau kalau tak ada apa2 esok pagi dah boleh keluar dr hospital



Masa ni alya dan beransur sihat...dah nak main2...dah nak meniarap, tangan tu kena balut sbb takut jarum tercabut...


DAY 8

Jumaat 19/12/08~~ Nampak mcm semuanya dah ok…mummy harap hari ni boleh la keluar dr wad, bosan dah seminggu berumahtangga kat wad. Mandi makan tidur semuanya kat wad…dah mcm dok kat hotel pulak,. Papa ngan kakak ain tiap2 mlm dtg teman mummy dan alya smpi lewat mlm baru papa ngan kakak ain balik. Cuma 2 mlm yg lepas kakak ain tak dtg…kakak ain papa tumpangkan kat umah cousin papa kat Taman Desa.

Selepas pemeriksaan dan doktor pon puashati ngan keadaan alya yg dah semakin cergas, doktor pon benarkan alya keluar wad. Lega hati ni, mummy terus call papa bgtau dah boleh keluar wad. Tapi jauh di lubuk hati rasa mcm sedih pulak, ialah dah seminggu berkampung kat wad, saling kenal mengenal dgn ibu2 yg dok jaga anak2 kat wad.
Dlm kul 12pm kita kitaorg pon berangkat keluar dr wad untuk pulang ke rumah...home sweet home...




[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net